21 April 2010

Cinta Lagi...

Apakah anda sedang diperhatikan atau memerhatikan seseorang?andatidak akan tahu sehinggakan dia menyatakan perasaannya terhadap anda.anda juga tidak akan tahu perasaan hati anda sendiri sehinggalah perasaan anda itu disahut olehnya.
Pada ketika begini apakah anda sedang dicintai,bercinta,atau mencintai?

> Apabila anda bersama dengannya anda akui dia istimewa tapi anda berpura-pura tak peduli.Tapi bila dia tiada,anda mencari-carinya pula.Pada ketika begini,anda sedang dilamun perasaan cinta.
>Walaupun ramai orang di sisi anda,tapi perhatian anda hanya tertumpu padanya.Itu tandanya anda sudah jatuh cinta.
>Sepatutnya dia telah menghubungi anda lama sekembalinya dari satu perjalanan yang jauh,tapi telefon anda terus membisu.Anda menanti dengan kecewa dan penuh mengharap.Itu tandanya anda sedang dilamun arus cinta.
>Kalau anda berasa sangat gembira hanya kerana sepotong SMS daripada seseorang yang anda rasakan istimewa,anda sedang tenggelam dalam alam percintaan..
>Jika anda ada sesuatu yang ingin diberikan dan anda hanya teringatkan dia sebagai penerimaannya.itu tanda anda memang sedang bercinta..
>Katalah anda seorang wanita/lelaki yang ego dan tidak mahu mengakui hal ini dan sentiasa berkata pada diri sendiri,"dia hanya seorang kawan,"tapi anda tidak berjaya memadamkan namanya atau wajahnya daripada ingatan anda,pada ketika itu anda sedang bercinta..
>Lebih nyata tatkala anda sedang membaca sebuah novel yang sangat menarik,tiba-tiba muncul seseorang dalam minda anda,maka anda sedang bercinta dengan orang berkenaan..
>Anda berasa resah gelisah kalau tak dengar suaranya.Anda jadi malap tapi tiba-tiba segar-bugar,lapar menjadi kenyang,mengantuk menjadi terang.Apa lagi kalau bukan cinta..
>Anda jadi cemburu apabila dia terlalu banyak memuji kecantikan orang lain.Eh,apa pasal pulak anda nak cemburuni?Tak lain sebab arus cinta sedang berputar dalam diri anda..
>Lucu sekali apabila anda rasa sayang nak buang apa juga pemberiannya;tiket bas,pembalut gula-gula,waima daun kering.Kalau lipas gigit benda-benda tu,anda rasa tak geli nak gigit lipas tu balik.Anda memang sedang mabuk bercinta..
Hah,itulah misterinya cinta.Macam mana rasa gula,takada siapa boleh beritahu kecuali anda sendiri merasanya.Macam mana rasa bercinta,tak ada siapa boleh bagi tahu,kecuali anda alami sendiri.

No comments:

Post a Comment