10 August 2010

Doa Untuk Kekasih ...

DOA UNTUK KEKASIH..

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan.
Dia milikku tercipta buat ku..
Satukan hatinya dengan hatiku.
Titipkan kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah…….Ya Tuhanku
Yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah…..
Seandainya telah engkau takdirkan.
Dia bukan milik ku..
Bawalah ia jauh dari pandangan ku..
Luputkanlah ia dari ingatan ku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah … Ya Tuhan ku..
Yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar ku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah … Ya Tuhan ku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdir mu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buat ku..
Kerana engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba mu ini..
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja..
Yang menjadi pemelihara ku..
Di dunia dan di akhirat ..
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Didunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maha kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai dan kurniakanlah
Pada ku keturunan yang soleh..

Amin..ya rabbal a’lamin

No comments:

Post a Comment